BERIKUT adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo
"Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi (Rabu)."
Demikian kata rakan seperjuangan kepada juruterbang TUDM Mejar C. Kayamboo yang maut akibat insiden pesawat jenis Beechcraft B200T yang dikendalikannya terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth pada 5.18 petang semalam.
Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan
Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya di sini malam semalam, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, petang ini, yang mengorbankan seorang juruterbang.
Tinjauan di hospital itu mendapati 10 anggota TUDM memenuhi perkarangan hospital berkenaan bagi menguruskan mangsa-mangsa yang terlibat.
Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat
Lembaga penyiasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM di sini petang Rabu.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, pesawat itu berusia lebih 20 tahun tetapi tidak pernah mempunyai rekod masalah enjin dan sentiasa diselenggara mengikut jadual.
Kerajaan Kelantan akan bertemu KAFA atasi masalah kewangan
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 1 Januari depan bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang melanda badan induk itu, bagi membolehkan The Red Warriors terus bersaing dalam Liga Malaysia tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata dalam pertemuan tersebut, kerajaan negeri akan meneliti hasil kongres luar biasa KAFA yang akan diadakan pada 29 Disember ini berhubung perkara tersebut.
Bintang YouTube berang diminta keluar pesawat gara-gara bertutur bahasa Arab
bintang program usikan (prank) YouTube kelahiran Arab-Amerika Syarikat mendakwa dia dikeluarkan dari sebuah pesawat penerbangan Delta kerana bertutur dalam bahasa Arab kepada ibunya menerusi telefon bimbit.
Adam Saleh, 23, berkongsi situasi menerusi sebuah video Twitter – mendakwa dia diarahkan keluar dari sebuah pesawat yang dijadualkan berlepas ke New York dari London pada pagi Rabu.
“Kami bercakap bahasa yang berlainan dalam pesawat, dan kini kami ditendang keluar," kata Adam, yang dalam perjalanan ke New York dengan kawannya yang dikenali sebagai Slim Albaher.
Astro Awani
Thu Dec 22 2016
Rangkuman 5 berita yang menjadi tumpuan ramai pada pagi 22 Disember 2016.
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
Rangkuman 5 Berita Utama: 22 Disember
Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.