BERIKUT adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pagi ini, 30 Disember 2016.

Ejaan 'Bagan Datuk' mula diguna semasa pengisytiharan daerah baharu

Ejaan baharu bagi Bagan Datoh di Perak iaitu 'Bagan Datuk' akan mula diguna semasa pengisytiharan rasmi daerah baharu itu oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 9 Jan ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata ia diputuskan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 Nov lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyanjung sumbangan besar Allahyarham.

Pemergian Tan Sri SM Salim kehilangan besar buat negara

Pemergian Tan Sri SM Salim merupakan satu kehilangan besar kepada negara khususnya bagi industri seni tanah air.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Allahyarham Tan Sri SM Salim sepanjang hayatnya telah memberi sumbangan besar dalam menyampaikan mesej berunsur nasihat kepada seluruh lapisan masyarakat.

Kontroversi paling hangat sepanjang tahun 2016

Beberapa hari lagi tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai cerita, ragam dan kontroversi tercetus dalam dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun ini.

Antara kontroversi yang paling mendapat perhatian sepanjang 2016 ialah perkahwinan kedua pelakon Adi Putra, kisah cinta Lofattah dan krisis rumah tangga penyanyi Elly Mazlein.

Bayaran PDP bagi projek MRT 1 RM750 juta, bukan RM7 bilion - MMC Gamuda

MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd (MMC Gamuda) pada Khamis menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta.

Syarikat itu berkata jumlah yang dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebanyak RM7 bilion, adalah tidak benar.

The Times of Israel melaporkan polis telah menyiasat dakwaan rasuah dan penipuan terhadap Netanyahu.

Peguam Negara Israel arahkan siasatan terhadap Netanyahu


Peguam Negara Israel telah mengarahkan siasatan jenayah ke atas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor sebuah saluran TV di negara itu.

Channel 10 mendakwa Netanyahu akan dipanggil untuk memberi keterangan berikutan siasatan polis terhadap dua perkara yang tidak dinyatakan.