awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: 69 peratus pemberi maklumat hilang pekerjaan - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2020
21:39 MYT
Rasuah: 69 peratus pemberi maklumat hilang pekerjaan - Kajian
PIACCF berfungsi sebagai sistem sokongan kepada pegawai-pegawai agensi anti-rasuah yang jadi mangsa penganiayaan ketika menjalankan tugas. - Gambar hiasan
Enam puluh sembilan peratus daripada pemberi atau pendedah maklumat salah laku didapati hilang punca pendapatan mereka, menurut bekas Pengerusi Transparency International Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.
Realiti ini, katanya, memerlukan inisiatif seperti Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation (PIACCF) yang dilancarkan pada Selasa, untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi anti-rasuah di seluruh dunia.
"Ada pemberi maklumat yang dibunuh, malah ada yang disimbah asid dan ada juga yang kehilangan pekerjaan mereka.
"Berdasarkan satu kajian, 69 peratus daripada pemberi maklumat hilang punca pendapatan. Oleh itu,saya merasakan dana sebegini penting bagi mereka," katanya pada program 'Consider This' di Astro AWANI 501 malam tadi.
BACA: PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi anti-rasuah yang teraniaya
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation (PIACCF) yang berfungsi sebagai sistem sokongan kepada pegawai-pegawai agensi anti-rasuah yang jadi mangsa penganiayaan ketika menjalankan tugas.
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
Dana ini diwujudkan selaras dengan perkara yang dinyatakan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC).
Ia bagi memberi perlindungan kepada pegawai penguatkuasa agensi anti-rasuah bagi negara-negara yang menjadi ahli kepada Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsas (IAACA).
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#anti-rasuah
#hilang punca pendapatan
#IAACA
#mangsa penganiayaan
#pegawai penguatkuasa
#pemberi maklumat
#pendedah maklumat
#perlindungan
#PIACCF
#Rasuah
#salah laku
#sistem sokongan
#yayasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan