awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Komander Unit Pencegah Penyeludupan mengaku tidak bersalah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/08/2018
07:32 MYT
Rasuah: Komander Unit Pencegah Penyeludupan mengaku tidak bersalah
Tertuduh didakwa terima suapan untuk tidak ambil tindakan ke atas aktiviti penyeludupan petrol dan diesel di sempadan Malaysia-Thailand. - Gambar fail
Seorang bekas komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam berpangkat Asisten Superintendan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM4,500 yang didakwa dilakukannya empat tahun lalu.
Tertuduh, Shahidan Ladin, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Mengikut pertuduhan pertama, Shahidan didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada Saleh @ Md. Zamri Md. Saman sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti haram penjualan dan penyeludupan minyak petrol dan diesel dari sempadan Malaysia ke Thailand oleh individu terbabit.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di tapak gudang haram Kampung Remia Manis, Durian Burung di Kuala Nerang dekat sini kira-kira pukul 1.52 petang, 24 September 2014.
Sementara itu, pertuduhan kedua, Shahidan didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan wang sebanyak RM1,500 daripada Saleh atas dorongan sama di gudang haram tersebut kira-kira pukul 11.52 pagi, 23 Oktober 2014.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada individu sama atas dorongan serupa di pekarangan tempat letak kereta Hospital Kuala Nerang dekat sini kira-kira pukul 1.05 petang, 28 November 2014.
Topic Berkaitan
#malaysia-thailand
#penyeludupan
#Rasuah
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan