awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: TI-M yakin SPRM akan ketuk 'pintu rumah' ahli politik

Nuradilla Noorazam
Nuradilla Noorazam
25/01/2017
15:17 MYT
Rasuah: TI-M yakin SPRM akan ketuk 'pintu rumah' ahli politik
AKHBAR: Saya yakin tidak lama lagi pintu rumah mereka (ahli politik) yang terlibat akan diketuk oleh SPRM. -Gambar fail
Transparency International Malaysia (TI-M) yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai strategi tersendiri dalam mengambil tindakan terhadap pelaku rasuah dalam kalangan ahli politik.
Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar optimis masanya akan tiba dan SPRM akan bertindak terhadap ahli-ahli politik walau pun kebanyakan kes sekarang ini tertumpu kepada 'jerung-jerung' dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Saya yakin mereka mempunyai strategi tersendiri. Walaupun kini kita melihat ramai dalam kalangan anggota kerajaan yang ditangkap, saya yakin tidak lama lagi pintu rumah mereka (ahli politik) yang terlibat akan diketuk oleh SPRM," kata Akhbar semasa diskusi di dalam berita Hari Ini 8 di Astro AWANI pada Rabu.
Tambahnya, masyarakat harus memilih ahli politik dan pemimpin yang tidak terlibat dalam kegiatan rasuah.
"Sebagai ahli masyarakat, kita harus mengambil tindakan sendiri dengan tidak memilih mereka yang menyalahgunakan kuasa.
"Kita kena ingat sebagai ahli politik, kerja mereka adalah untuk membantu rakyat, bukan menyusahkan rakyat," katanya.
Pada Rabu, kedudukan Malaysia dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 merosot daripada 54 kepada 55 daripada 176 buah negara.
Menurut indeks yang dikeluarkan TI-M, ukuran skor Malaysia juga merosot kepada 49 berbanding 50, tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#CPI
#Indeks Persepsi Rasuah
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#TI-M
#Transparency International Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan