Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap tiga ahli perniagaan yang mengaku bersalah memberi suapan kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia pada November tahun lepas.
Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Hokkien oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh pertama, Lee Wei Luk,26, mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Shareena Mohamad Shuib supaya tidak mengambil tindakan terhadap tujuh pekerja asing yang tidak memiliki permit kerja sah di Medan Selera Seventeen, Jalan Kuching-Serian pada 5.50 petang, 15 Nov 2016.
Dia dijatuhkan hukuman tujuh hari penjara dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar dendanya itu.
Tertuduh kedua, Ng Hong Lee, 39, pula dituduh merasuah pegawai jabatan sama Diana Alin dengan menawarkan suapan RM5,400 di Huong Enterprise, Jalan Tai Shin, Kuching pada 6 petang, 11 Nov 2016 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap 18 pekerja asing yang tidak memilik permit kerja sah.
Dia dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM27,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.
Tertuduh ketiga, Pang Kong Joo, 38, mengaku bersalah merasuah pegawai kanan jabatan sama Morshidi Marzuki sebanyak RM2,000 supaya tidak mengambil tindakan terhadap dua pekerja asing yang tidak memiliki permit di Jalan Kuching-Serian pada 6 petang, 22 Nov lepas.
Bagi kesalahan itu, hakim menjatuhi hukuman penjara lapan hari dan denda RM10,000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda terhadapnya.
Kesemua ahli perniagaan itu dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana nilai yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Katherine Nais dan Mohd Asri Abu Mansor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017
Ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Rasuah: Tiga ahli perniagaan dihukum penjara, denda
Mahkamah Khas Rasuah hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap tiga ahli perniagaan yang mengaku bersalah memberi suapan kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.