awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayu anak kena tangkap khalwat dilepaskan

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2018
14:22 MYT
Rayu anak kena tangkap khalwat dilepaskan
Kesemua pasangan yang didapati berkhalwat dibawa berkumpul ke masjid dan diberikan tazkirah atas tanah perkuburan. -Foto Sinar Harian
Sepasang suami isteri merayu agar anak perempuannya dilepaskan selepas ditangkap khalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel di sini.
Waris berkenaan mengakui sedih dengan perbuatan terkutuk anak mereka sehingga terpaksa merayu agar anak itu dilepaskan tanpa dikenakan tindakan selanjutnya kerana malu diketahui umum.
Difahamkan, gadis berusia 20-an itu ditemui berdua-duaan bersama kekasihnya ketika serbuan dijalankan pasukan sukarelawan dikenali sebagai Skuad Badar di beberapa lokasi panas sekitar daerah Kuala Muda sempena ambang kemerdekaan.
Sementara itu, di sebuah hotel bajet dekat Sungai Lalang, dua pasangan ditemui berdua-duaan berusia lingkungan awal 20-an ketika diserbu kira-kira jam 1.40 pagi.
Dalam serbuan sama, seorang lelaki yang masih belajar di sebuah pusat kemahiran di Jitra Kedah ditemui bersama pekerja restoran sebuah pasar raya dipercayai kekasihnya.
Manakala, seorang lagi lelaki ditemui berkhalwat bersama pasangan dari Merbok, dalam sebuah hotel bajet yang jaraknya kira-kira 10 kilometer sahaja dari rumah mereka.
Pengerusi Skuad Badar, Azhar Mohamad berkata, pihaknya bersama 40 anggota menahan sembilan pasangan kekasih pada malam ambang merdeka.
Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke masjid untuk diberikan kaunseling dan amaran sebelum diserahkan kepada waris masing-masing.
“Tujuan kita ialah membanteras kegiatan maksiat sekali gus menyelamatkan dari berlakunya kewujudan anak luar nikah hasil daripada perbuatan zina yang dilakukan pada malam merdeka,” katanya.
Operasi bermula jam 1 pagi hingga 6.30 pagi itu tertumpu ke kawasan hotel bajet, motel dan rumah tumpangan sekitar daerah Kuala Muda yang kebanyakan agak tersorok dari pengetahuan umum.
Menjadi kelaziman Skuad Badar, kesemua yang dikumpulkan dibawa ke masjid dan diberikan tazkirah pada awal pagi hari yang sama di atas tanah perkuburan bagi memberi keinsafan.
Topic Berkaitan
#Anak perempuan
#Berdua-duaan
#ditangkap khalwat
#hotel bajet
#pasukan sukarelawan
#perbuatan terkutuk
#Skuad Badar
#suami isteri
#Sungai Lalang
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan