Berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), seramai 8.3 juta penerima telah diluluskan untuk fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan jumlah peruntukan RM9.3 bilion.
Sistem BPN telah dibuka untuk tujuan permohonan baharu dan rayuan daripada 1 hingga 30 April 2020 bagi mereka yang tiada dalam pangkalan data BSH dan percukaian.
Sejumlah 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.7 bilion. Kelulusan dibuat berdasarkan semakan silang dengan pangkalan data yang terkini daripada sepuluh (10) agensi Kerajaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), LHDNM, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak sahaja menerima BPN semakan data telah dibuat dengan amat teliti. Semakan ini juga bertujuan untuk mengelak sebarang penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kerajaan telah mendapati terdapat banyak rungutan terutamanya melalui media sosial daripada mereka yang telah ditolak permohonannya. Antara sebab utama permohonan ditolak adalah kerana pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN. Pelbagai sebab lain termasuk tidak mematuhi syarat tertentu seperti kelayakan umur, status pelajar sepenuh masa dan lain-lain. Contohnya, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar sepenuh masa sedangkan mereka tidak layak mendapat BPN, kerana telah layak mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara one-off.
Kerajaan juga menerima aduan antara permohonan yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini. Justeru, pemohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan. Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDNM ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDNM.
Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.
Tempoh permohonan rayuan bagi BPN akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020 manakala pejabat LHDNM akan dibuka bermula 11 Mei 2020 atau 12 Mei 2020 (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri) bagi menerima rayuan tersebut. Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.
Bernama
Tue May 12 2020
Pemohon boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Rayuan BPN dibuka sehingga 31 Mei 2020
Sistem BPN telah dibuka untuk tujuan permohonan baharu dan rayuan daripada 1 hingga 30 April 2020 bagi mereka yang tiada dalam pangkalan data BSH dan percukaian.