awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan haji belum dimuktamad - Tabung Haji

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2019
21:14 MYT
Rayuan haji belum dimuktamad - Tabung Haji
Menurut TH, sebarang keputusan bagi rayuan haji akan dipertimbangkan dengan berasaskan prinsip istito'ah (kemampuan). - Astro AWANI/Fail
Sehingga kini, Lembaga Tabung Haji (TH) belum memuktamadkan atau mengeluarkan surat tawaran kepada semua pemohon rayuan haji yang berjaya.
Menurut TH dalam satu kenyataan pada Sabtu, pihaknya masih dalam proses menjalankan penilaian terhadap setiap permohonan rayuan secara individu.
"Proses ini mengambil kira semua kategori rayuan yang akan dinilai dengan terperinci.
"Sebarang keputusan bagi rayuan haji akan dipertimbangkan dengan berasaskan prinsip istito'ah (kemampuan)," katanya.
TH berkata, surat tawaran akan dimaklumkan kepada pemohon rayuan haji yang berjaya dalam masa terdekat.
Tambahnya, semua pihak diharap bersabar menunggu keputusan rayuan masing-masing.
View this post on Instagram
Kesihatan yang baik untuk menunaikan haji juga termasuk dalam konsep Istito’ah (kemampuan tunai haji)
A post shared by Lembaga Tabung Haji (@lembagatabunghaji) on
Feb 16, 2019 at 12:30am PST
Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa kos sebenar untuk mengerjakan haji pada musim 1440 Hijrah/2019 Masihi ialah RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah.
BACA: Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan
BACA: Timbang semula dasar baharu subsidi rayuan haji kali pertama - Asyraf Wajdi
Kos tersebut merangkumi bayaran harga tiket penerbangan carter pergi-balik, penginapan, pengangkutan, sajian makanan dan bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi bagi tempoh lebih 40 hari jemaah berada di Tanah Suci.
"Ini belum mengambil kira perbelanjaan TH dalam menyediakan perkhidmatan secara percuma seperti pelbagai kursus haji di seluruh negara, urusan stesen berlepas dan ketibaan di tanah air, pemeriksaan kesihatan, bekalan ubat-ubatan, buku-buku bimbingan, pembimbing ibadat haji, kaunter kewangan, kaunseling dan petugas haji, perubatan serta peronda," tambahnya.
BACA: Hibah Tabung Haji diumum Mac ini
BACA: Langkah pemulihan TH membuahkan hasil
Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumkan bayaran untuk menunaikan haji bagi jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.
Pada musim yang lalu, kos menunaikan haji adalah sebanyak RM22,450.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#haji kali pertama
#istito'ah
#jemaah
#kos mengerjakan haji
#makanan
#muassasah
#Mujahid Yusof
#pengiring mahram
#petugas haji
#proses penilaian
#rayuan haji
#surat tawaran
#Tabung Haji
#TH
#tiket penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan