Kerajaan disyor supaya merangka dasar atau garis panduan bagi mencegah perbuatan meminta sedekah di khalayak ramai yang kian meningkat setiap kali tiba bulan Ramadan dan Aidilfitri di negara ini.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata langkah itu perlu bagi mengelak golongan tertentu mengambil kesempatan meraih keuntungan daripada kegiatan meminta sedekah di jalanan pada bulan yang mulia ini.
"Saya sendiri akan mengemukakan cadangan ini kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab dalam soal agama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata masyarakat seharusnya menggalakkan golongan itu, yang beragama Islam datang ke pejabat agama untuk mendapatkan bantuan, kerana mereka ialah satu daripada asnaf yang boleh menerima wang kutipan zakat fitrah.
Katanya masyarakat juga harus dididik supaya tidak mudah menghulurkan derma hanya kepada peminta sedekah di tepi jalan sebaliknya menyalurkan derma kepada badan yang bertanggungjawab ataupun mereka yang diketahui sememangnya miskin.
"Kalau mereka benar-benar mahu beramal di bulan yang mulia ini, mereka boleh berbuat demikian dengan menghulurkan bantuan kepada jiran yang mereka kenali dan miskin," katanya.
Razali bimbang jika kegiatan meminta sedekah ini dibiar berleluasa, orang yang tidak bertanggungjawab mendapat faedah lebih banyak, manakala yang wajar menerima tidak mendapat hak sebenar.
Bernama
Wed Jul 24 2013
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Tragedi bongkah batu: Perak tidak akan kompromi isu keselamatan - Saarani
Kerajaan Perak sentiasa memantau isu keselamatan khususnya di kawasan berisiko zon batu kapur di negeri ini kerana membabitkan nyawa rakyat.
Artis luar negara: Garis panduan Puspal dalam peringkat akhir pindaan - Nie Ching
Garis Panduan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sedang dalam peringkat akhir pindaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April
Garis panduan itu mengandungi antara lain syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, dan syarat pengoperasian pusat pemeriksaan.
Bomba akan sedia garis panduan pemasangan panel solar
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan semasa cuaca panas.
Pengusaha taska wajib patuh garis panduan pastikan keselamatan kanak-kanak
Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar diwajibkan mematuhi garis panduan dalam Program Advokasi Perkhidmatan Taska bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa diutamakan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Jemputan sertai program di sekolah perlu patuhi garis panduan - Fadhlina
Tiada halangan untuk sesiapa sahaja hadiri program di sekolah, namun perlu patuhi garis panduan selain mendapat pengesahan dan kebenaran KPM.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.