Saksi ke-21, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis hari ini memberitahu hanya kawat besi paras peha menjadi penghalangnya memasuki Malaysia dari sempadan Thailand pada Mei 2015.
Dalam keterangannya di hadapan tujuh anggota panel suruhanjaya itu yang diketuai Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria, S. Arulldas, 64, yang juga wartawan Malay Mail berkata beliau bersama saksi ke 22, jurufoto Malay Mail Mohd Sayuti Zainudin berjaya menemui kawasan kem dan kubur di Bukit Genting Perah pada 13 Mei 2015.
Ia selepas dia mengikuti dua individu warga Thailand yang dikenalinya ketika sidang media Timbalan Ketua Polis Negara Thailand pada 9 Mei 2015.
Susulan itu dia bersama jurufotonya mengambil keputusan menyelusup masuk dari Thailand ke Bukit Genting Perah di Wang Kelian lokasi dimana kubur serta penempatan sementara yang dilaporkan.
“Mereka ini (pemberi maklumat) tidak boleh lalu ikut Malaysia, tetapi dari Thailand. Saya minta jurugambar saya (Sayuti) untuk menyeberang ke sempadan Thailand untuk bertemu pemberi maklumat itu di Padang Besar (Thailand),” jelasnya.
“Pada pukul 2 petang kami bergerak menaiki pacuan empat roda ke Bantalok di Wang Kelian. Kami mengikuti jalan tar dan jalan tidak bertar sebelum memberhentikan kenderaan di sekitar kaki Bukit Genting Perah.
"Hampir 15 minit berjalan, saya nampak satu kawasan (kem penempatan sementara) banyak dengan bekas makanan. Kami terserempak dengan tentera Thailand, mereka benarkan kami bergerak,” katanya lagi.
Selepas 45 minit berjalan, jelas Arulldas beliau mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana terlalu penat sebelum meneruskan perjalanan sehingga ke batu sempadan Malaysia-Thailand.
“Tiada pagar, hanya “barb wire” diletakkan di sempadan itu. Kami sampai di kawasan tanah rata, ada takungan air tetapi airnya berwarna hitam (kotor).
“Saya rasa sedih, kalau betul ada kem penempatan sementara di situ macam mana mangsa-mangsa ini mandi. Kami meneruskan perjalanan ke arah kiri lokasi itu dan saya memasuki kawasan kubur besar. Saya terkejut dan tidak pernah melihat kira kira 15 kubur yang ditutup dengan daun-daun,” katanya.
Bagaimanapun sepanjang berada di lokasi berkenaan, beliau tidak terserempak dengan pihak berkuasa namun beberapa kali terdengar perbualan oleh individu tidak dikenali di sekitar kawasan itu dan diminta bersembunyi.
Bagi saksi ke 22, Mohd Sayuti Zainudin hanya dengan melangkah kawat besi sempadan sudah boleh memasuki Malaysia.
“Kami langkah kawat besi dan batu sempadan. Tidak tinggi, cuma paras bawah pinggang saya. Jalan ke depan kami jumpa sungai, pemberi maklumat itu kata semua mangsa (Rohingya) mandi dan minum di kolam itu.
"Tempat itu memang ditinggalkan. Memang nampak macam sudah kosong, tetapi air dalam kuali saya nampak masih jernih macam baru ditinggalkan,” jelasnya.
Terdahulu saksi ke-20, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Perlis Nurul Hafzan Abdul Aziz turut memberikan keterangan berkaitan kertas pertuduhan terhadap warga Thailand Biau Wong Chinpo, 44, dan warga Myanmar Shahidullah, 16, dan Momotin, 17, di bawah seksyen 8A ATIPSOM.
Fareez Azman
Wed May 08 2019
Saksi ke-21, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis, S. Arulldas, 64, (kanan) bersama saksi ke-22, Mohd Sayuti Zainudin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis sudah memberkas suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Tembakan di KLIA: Suspek disyaki guna pistol semi automatik
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.
Lelaki Israel miliki senjata api, 200 peluru didakwa esok
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Lapan lagi individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel ditahan - KPN
PDRM menahan lapan lagi individu termasuk tiga warga asing bagi membantu siasatan penahanan seorang warga Israel bersama enam pucuk pistol.
Polis terima dua laporan berhubung tindakan, ucapan Akmal Saleh - KPN
Razarudin berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Empat individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel, ditahan - KPN
Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.
Warga Israel ditangkap: Pantau laman sesawang gelap, aliran mata wang kripto - Penganalisis
Kerajaan perlu melaksanakan pemantauan laman sesawang gelap dan aliran mata wang kripto sebagai langkah membanteras ancaman keselamatan terhadap negara.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.