NATIONAL
Reaksi media sosial terhadap bantahan gereja Taman Medan

Tanda salib di luar sebuah rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di Taman Medan. - Twitter
Ahad lalu sekumpulan penduduk Taman Medan di Petaling Jaya melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebuah gereja yang baru sahaja dibuka selama dua hari.
Bantahan yang diketuai oleh ketua kampung, Datuk Abdullah Abu Bakar itu mempersoal lambang salib yang diletakkan diluar gereja berkenaan.
Beberapa kontroversi turut lahir daripada insiden tersebut yang turut melibatkan seorang pengamal media.
Seorang wartawan akhbar The Star yang bertugas, Nicholas Cheng, berkongsi pengalamannya melaporkan bantahan tersebut di laman Facebook peribadinya.
Dalam status yang dimuat naiknya semalam, Nicholas yang diugut dan dikasari telah dibantu oleh seorang wartawan Sinar Harian yang bernama Jannah.

Facebook Nicholas
Pada masa yang sama, ramai pengguna Twitter yang melahirkan rasa kesal terhadap insiden bantahan yang berlaku sekitar pagi semalam.

Isu gereja twitter 1

Isu gereja twitter 2

Isu gereja twitter 3

Isu gereja twitter
Kumpulan itu menuntut tanda salib terbabit diturunkan berikutan tanda suci penganut agama Kristian itu dikatakan mempengaruhi minda penduduk muda di sana.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami