awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Realisasi kenderaan nasional ketiga, automotif jadi pemacu Malaysia - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/11/2018
22:39 MYT
Realisasi kenderaan nasional ketiga, automotif jadi pemacu Malaysia - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas hari pertama Persidangan Ekonomi Asia Pasific (APEC) 2018 hari ini. - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian beliau untuk melaksanakan projek kenderaan nasional ketiga.
Perdana Menteri menegaskan, industri automotif merupakan pemacu kepada sektor yang lain terutama kejuruteraan.
“Jika anda ingin belajar pembuatan sesuatu produk, terutama melibatkan kejuruteraan, ia perlu bermula daripada kereta.
“Seringkali saya katakan, jika ingin membuat kereta, anda perlu buat 4,000 komponen berlainan dan disatukan semuanya. Ia tidak mudah.
“Tapi kita telah mahir berkenaan perkara tersebut dalam masa yang singkat. Kini kita boleh reka dan cipta prototaip. Malah, kita juga boleh cipta enjin,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia seiring Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan beliau menerusi ucapan pada Sidang Kemuncak CEO APEC yang menyentuh cabaran ledakan teknologi kepada negara rantau Asia Pasifik.
Tambah Dr Mahathir, sekiranya tiada projek automotif dibangunkan, beliau meragui bahawa Malaysia mampu untuk mahir dalam cabaran teknologi melibatkan reka bentuk.
“Buat kereta juga memerlukan teknologi baharu. Ini kerana, bila reka kereta, anda tidak lagi mereka di atas kertas.
“Kita guna teknologi untuk mereka bentuk dalam, luaran, setiap sudut serta menggabungkannya sebelum ia dihasilkan. Itulah teknologi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#APEC
#ekonomi
#kereta
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Perodua
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan