awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 15 tahun maut dalam nahas jalan raya di Tok Jembal

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
15/03/2020
05:21 MYT
Remaja 15 tahun maut dalam nahas jalan raya di Tok Jembal
Motosikal berkuasa tinggi yang dipandu Wan Muhammad Kasyaf Mohd Sabri. - Gambar Astro AWANI
Seorang pelajar maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.
Nahas berlaku di Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus, di sini kira-kira pukul 10.50 malam Sabtu.
Kemalangan itu menyebabkan mangsa, Wan Muhammad Kasyaf Mohd Sabri, 15, yang membonceng motosikal maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Ketika kejadian, kedua-dua remaja itu dikatakan dalam perjalanan dari Gong Badak ke arah Tok Jembal.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dikatakan keluar dari simpang di sebelah kiri jalan lalu merempuh motosikal itu.
Kesan rempuhan itu, mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
Sementara mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#Kuala Nerus
#maut
#motosikal kuasa tinggi
#remaja 15 tahun
#Tok Jembal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan