Tutup

Remaja Ireland hilang, polis lancarkan pencarian

Remaja Ireland hilang, polis lancarkan pencarian
Nora (kanan) dan keluarga yang merupakan warganegara Ireland tiba di Malaysia pada Sabtu untuk percutian selama dua minggu dan menginap di Resort The Dusun Pantai Hill. - Twitter@AislingAgnew
KUALA LUMPUR: Pihak polis daerah Nilai sedang giat menggerakkan usaha mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland yang dilaporkan hilang dari resort di Seremban pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata polis menerima laporan mengenai kehilangan Nora Anne Quoirin, 15 tahun, daripada pemilik resort tersebut pada jam 1.30 petang Ahad.

Misi pencarian ke atas mangsa melibatkan anggota bomba dan polis dari unit anjing pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Kami menerima laporan polis daripada pemilik hotel yang didiami Nora pada jam 1.30 petang.


“Kami telah mengerahkan tiga anggota polis, 10 anggota bomba dan tiga anggota polis bersama anjing pengesan dari K9 dan sedang menjejaki gadis ini,” kata Marzukee ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Setakat jam 11.30 malam Ahad, mangsa belum dijumpai dan gerakan untuk mencari mangsa diteruskan.

Tambahnya, semua KPD dan elemen polis Negeri Sembilan telah dimaklumkan untuk membantu mengesan dan mencari mangsa.



Sebelum ini, portal BBC melaporkan, Nora mengalami masalah pembelajaran dan ia bukan suatu kebiasaan baginya untuk menghilangkan diri begitu sahaja.

Nora Quoirin tiba di Malaysia pada Sabtu untuk percutian selama dua minggu dan mereka sekeluarga menginap di Resort The Dusun Pantai Hill.

Menurut keluarga mangsa, Nora sudah tiada di bilik penginapan pada jam 8 pagi pada Ahad.


Tag: Nora Quoirin, hilang, Nilai, Resort The Dusun Pantai Hill, Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Nor Marzukee Besar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.