awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tumpas kegiatan proses air ketum di Rawang, enam ditahan
CIMB Islamic komited RM20 juta untuk alam sekitar
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki cedera digigit buaya

Radhi Muslim
Radhi Muslim
10/09/2018
12:47 MYT
Remaja lelaki cedera digigit buaya
Hulu Sungai Seguntor, dekat Kampung Melayu, Sandakan yang menjadi lokasi kejadian remaja digigit buaya. - Astro AWANI
Remaja lelaki cedera selepas dipercayai digigit buaya dalam satu kejadian di Hulu Sungai Seguntor, berdekatan Kampung Melayu, dekat Batu 8, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Hasil Al-Kamar, 14, cedera di paha kaki kanan, namun mangsa dilaporkan selamat.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga ketika dihubungi hari ini berkata, hasil maklumat awal berdasarkan pemeriksaan anggotanya di lokasi kejadian mendapati mangsa ketika kejadian sedang mandi di lokasi terbabit.
"Selepas kejadian, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
"Semasa kejadian, air sungai dilaporkan pasang di lokasi berkenaan.
"Namun, siasatan lanjut berhubung kejadian sebenar masih diteruskan," katanya beliau.
Topic Berkaitan
#buaya
#remaja cedera
#Sandakan
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan