awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki kaki pecah tabung surau ditahan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/06/2019
12:35 MYT
Remaja lelaki kaki pecah tabung surau ditahan
Suspek mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa kejadian curi wang tabung surau di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang remaja lelaki disyaki aktif memecah masuk surau dan mencuri wang tabung di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, suspek yang berusia 17 tahun ditahan di kawasan perumahan Sri Tanjung Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, pada 1.30 pagi, Isnin.
"Polis sebelum ini menerima banyak aduan surau dipecah masuk dan wang tabung dicuri, berpandukan maklumat orang awam dan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian.
"Polis berjaya menahan suspek dan setelah disoal siasat suspek mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa kejadian curi wang tabung surau di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Ahmad Dzaffir berkata, jumlah keseluruhan kerugian tabung wang surau-surau berkenaan dan jumlah kes melibatkan suspek masih dalam siasatan.
Tambah beliau, polis turut merampas beberapa peralatan yang boleh digunakan untuk memecah masuk rumah atau surau.
"Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Broline Benson di talian 019-6938032.
Topic Berkaitan
#Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
#Bandar Baru Bangi
#CCTV
#curi duit tabung surau
#Kajang
#pecah masuk surau
#polis
#remaja
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan