awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki tergamak rogol anak saudara sendiri

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/06/2020
13:01 MYT
Remaja lelaki tergamak rogol anak saudara sendiri
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lalu, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu didakwa dirogol oleh suspek yang berusia 15 tahun. - Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki tergamak mengingkari amanah untuk menjaga kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak saudara sendiri yang ditinggalkan kepadanya dengan melakukan sumbang mahram.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Sabtu lalu, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu didakwa dirogol oleh suspek yang berusia 15 tahun Kejadian tersebut berlaku di rumah yang terletak di sebuah kawasan perumahan sekitar bandaraya ini yang mana mangsa ditinggalkan bersama suspek. Kanak-kanak perempuan berkenaan yang melalui detik hitam dalam hidupnya itu menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran petang semalam.

Mangsa juga telah dibawa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Isnin untuk menjalani pemeriksaan.

Difahamkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan trauma disebabkan kejadian itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, susulan daripada laporan yang dibuat ibu mangsa, suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (A) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Topic Berkaitan
#Alor Setar
#anak saudara
#bapa saudara
#kanak-kanak perempuan
#Kedah
#remaja lelaki
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan