awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas dibaham buaya di Sungai Kawi

Bernama
Bernama
23/05/2017
12:40 MYT
Remaja lemas dibaham buaya di Sungai Kawi
Mangsa ditemukan sekumpulan penduduk kampung yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat mangsa kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang.- Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat
Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas dipercayai diserang buaya semasa bermain di tebing Sungai Kawi dekat sini bersama seorang rakannya lewat petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, terdapat kecederaan pada kaki mangsa yang dikenali sebagai Andrian Tan berusia 13 tahun, dipercayai akibat kesan gigitan buaya.
Menurutnya, mangsa ditemukan sekumpulan penduduk kampung yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat mangsa kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang.
"Jarak mangsa ditemui 500 meter dari tempat kejadian pada jam 7.10 malam. Mengikut maklumat saksi di lokasi terdapat kesan gigitan buaya pada paha kiri mangsa. Menurut rakan mangsa, Andrian secara tiba-tiba terjatuh seperti ditarik oleh sesuatu ke dalam air," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#lemas
#Nicholas Belulin
#Sungai Kawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan