awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut diseret kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2019
00:59 MYT
Remaja maut diseret kereta
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto Sinar Harian
Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret sebuah kereta kira-kira 70 meter dalam kejadian di Jalan Lama Kuala Selangor Panchang Bedena, di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Mohamad Amrey Ismail, 16 tahun, dari Taman Cahaya Sungai Besar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas bersendirian dalam perjalanan dari arah Sungai Besar ke Sabak Bernam.
"Manakala pemandu kereta berusia 44 tahun itu pula dari arah Sungai Burong menuju ke Sungai Besar.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta disyaki memotong kenderaan di hadapannya dan berada di laluan bertentangan," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang ketika itu berada di laluan terbabit tidak sempat mengelak dan dirempuh kereta berkenaan.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia akibat diseret kereta terbabit," katanya.
Chee Khoon berkata, pemandu kereta yang beralamat di Taman Suria, Sungai Besar pula cedera ringan di tangan kanan.
"Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lim Chee Khoon
#maut
#Mohamad Amrey Ismail
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan