awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut tercampak keluar dari kenderaan

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2019
08:58 MYT
Remaja maut tercampak keluar dari kenderaan
Kenderaan yang dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas di tepi longkang. - Foto Astro AWANI
Seorang remaja maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama tiga lagi rakannya.
Kejadian berlaku di kilometer 158.6 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Taman Perwaja, kemaman kira-kira jam 1 pagi Selasa.
Mangsa, Muhammad Badrul Amin Mohd Fauzi, 19 tahun meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Kemaman.
Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya sedang dalam perjalanan dari arah Geliga menghala ke Chendor, Pahang.
Sejurus melalui satu selekoh, kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke tepi longkang.
Susulan itu, mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Chendor
#Geliga
#Jalan Kuala Terengganu-Kuantan
#Muhammad Badrul Amin Mohd Fauzi
#proton wira
#Taman Perwaja
#tercampak keluar kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan