MALAYSIA
Remaja maut terjatuh kereta api selepas kaki tersangkut kayu di landasan

Remaja itu maut selepas terjatuh dan kepalanya terhempas ke permukaan batu landasan. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Perjalanan seorang remaja perempuan ke Tenom bertukar tragedi apabila maut selepas terjatuh daripada kereta api yang dinaikinya dalam kejadian di Batu 62, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan menaiki kereta api dari Beaufort.
Ketika insiden, mangsa dipercayai sedang duduk di tepi tangga antara dua gerabak dengan kedua-dua kakinya terkeluar, memandangkan gerabak penumpang kesemuanya penuh.
Setibanya di lokasi kejadian, tidak semena-mena kaki mangsa tersangkut dengan sebatang kayu berhampiran landasan sehingga menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhempas ke permukaan batu landasan.

Lokasi insiden yang melibatkan seorang remaj 15 tahun yang maut delepas terjatuh dari sebuah keretapi di Beaufort. - Foto Astro Awani
Mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak mengesahkan kejadian.
"Mangsa sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
"Laporan penuh mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami