Remaja OKU didakwa diabai ibu tampak lebih sihat

Remaja OKU didakwa diabai ibu tampak lebih sihat
Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang, kini Muhammad Firdaus Dullah mendapat rawatan di Hospital Tunku Jaafar - Gambar fail
Nasib Muhammad Firdaus Dullah, remaja Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang disyaki diabaikan ibunya sendiri sehingga menjadi kurus kering semakin mendapat perhatian.

Remaja itu kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak dan Wanita Hospital Tunku Jaafar, Seremban untuk rawatan selepas ditemui hasil serbuan Imigresen minggu lepas.

Siang tadi, Muhammad Firdaus turut mendapat kunjungan oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

oku
Gambar terbaru Muhammad Firdaus Dullah ketika menerima kunjungan isteri Menteri Besar Negeri Sembilan pada Isnin - Astro AWANI / Shahir Omar

Turut dijadualkan membuat kunjungan hari ini adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke hospital berkenaan.
Bagi mengetahui perkembangan terkini, klik video bagi mendapatkan laporan oleh wartawan Astro AWANI, Wan Syamsul Amly yang turut sama dalam lawatan itu.