awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja patah tangan dipukul selepas mengadu rakan asrama bawa rokok

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
28/02/2019
12:01 MYT
Remaja patah tangan dipukul selepas mengadu rakan asrama bawa rokok
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, punca mangsa dipukul kerana dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan mangsa. - Gambar fail
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengalami patah tangan kanan setelah dipukul hanya kerana memaklumkan kepada penyelia mengenai kegiatan rakannya membawa rokok ke asrama.
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian berlaku di sebuah asrama di Jalan Sentul, ibu negara pada 6.30 petang, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, punca mangsa dipukul kerana dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan mangsa.
“Mangsa dikatakan memaklumkan kepada penyelia asrama mengenai kegiatan suspek yang membawa rokok ke asrama.
“Terdapat beberapa pelatih di asrama itu yang memukul mangsa dan telah dikenal pasti oleh polis namun tiada tangkapan dibuat setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#asrama
#Asrama Sentosa Jalan Sentul
#mangsa
#patah tangan kanan
#PDRM
#polis
#pukul
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan