Seorang penunggang motosikal maut, manakala rakan pemboncengnya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori tangki di KM 37, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara malam tadi.

Kejadian berlaku pada 11.04 minit malam.

Lori tangki terbabit dalam perjalanan dari arah Rawang.

Namun ketika membelok kanan memasuki kawasan sebuah stesen minyak, motosikal yang dinaiki dua pemuda itu yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak dan merempuh sisi kiri lori tangki terbabit.

Mangsa, Rozaimi Adam, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.


Manakala rakannya alami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru.

Polis kemudiannya menahan pemandu lori tangki berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.