awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuhan go-kart ragut nyawa bapa, anak

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2016
09:52 MYT
Rempuhan go-kart ragut nyawa bapa, anak
Menurut saksi, kenderaan go-kart itu hilang kawalan semasa cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh kawasan penonton.
Dua beranak terbunuh selepas dirempuh ketika menyaksikan perlumbaan Go-Kart EIMARace 2016 di Jalan Sukpa, di sini pagi tadi.
Izuan Isa, 30, bersama anak perempuannya Siti Zulaikha, yang berusia empat tahun menjadi mangsa rempuhan sebuah kenderaan go-kart berkuasa 131cc yang dilaporkan hilang kawalan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Seorang lagi anak lelaki mangsa, Muhammad Izz Danial, 7, berada dalam keadaan kritikal.
Menurut saksi, kenderaan go-kart itu hilang kawalan semasa cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh kawasan penonton.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan yang turut mencederakan beberapa penonton lain.
Sementara itu, para netizen rata-ratanya mempersoalkan ciri-ciri keselamatan dalam menganjurkan perlumbaan go-kart itu.
Berdasarkan visual ketika berlakunya rempuhan, kelihatan hanya penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton.
@501Awani Sikap cuai pihak penganjur terhadap keselamatan penonton, sekadar m'gunakn penghadang plastik. Tindakan undang2 perlu diambil.
— huzaifah (@M_Huzaifah_) September 25, 2016
Plastic barrier. No tather,.No tyre wall. No metal fence. Nothing. Shambles. Organiser should be jailed for this extreme negligence. https://t.co/8JiMQLHLgW
— Effi Saharudin (@1Obefiend) September 25, 2016
Topic Berkaitan
#dua beranak
#EIMARace
#go-kart
#Izuan Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan