awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rendah sangat, kerajaan tidak setuju Goldman Sachs bayar AS$2 bilion - Tun Mahathir

Najib Aroff
Najib Aroff
04/11/2019
05:37 MYT
Rendah sangat, kerajaan tidak setuju Goldman Sachs bayar AS$2 bilion - Tun Mahathir
Goldman Sachs menerima sejumlah AS$600 juta selepas membantu 1MDB menerbitkan pinjaman bernilai AS$6.5 bilion pada 2012 dan 2013. - Gambar fail/REUTERS
Cadangan bayaran ganti rugi bernilai AS$2 bilion oleh Goldmand Sachs kepada Malaysia ada terlalu rendah dan ia tidak boleh diterima kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Mereka sepatutnya membayar AS$7 bilion dan sudah pasti mereka tidak mampu membayarnya. Tawaran Goldman Sachs (AS$2 bilion) adalah terlalu rendah dan sebab itu kita tidak bersetuju.
“Jika kedua pihak tidak berjaya mencapai penyelesaian, kes ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya kepada sidang media di Bangkok, Thailand hari ini.
Beliau mengulas laporan bahawa pasukan perunding Malaysia mungkin bersedia menerima sejumlah AS$2 bilion ganti rugi dari bank berkenaan.
Dr Mahathir berkata tindakan Goldman Sachs sebelum ini yang mengenakan komisien 10 peratus dan caj 6 peratus terhadap pinjaman oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan.
Goldman Sachs menerima sejumlah AS$600 juta selepas membantu 1MDB menerbitkan pinjaman bernilai AS$6.5 bilion pada 2012 dan 2013.
Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan menuntut bayaran berjumlah AS$7.5 bilion dari syarikat berkenaan dan rundingan masih berjalan.
Setakat ini seramai 17 bekas eksekutif Goldman Sachs telah didakwa kerana terlibat dalam kes membabitkan 1MDB.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Goldmand Sachs
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan