awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Republic of Malaysia? Penganjur acara ratu cantik mohon maaf

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
05/11/2019
14:43 MYT
Republic of Malaysia? Penganjur acara ratu cantik mohon maaf
Video yang tular itu adalah semasa majlis pembukaan acara tersebut yang menyaksikan para peserta menggayakan kostum kebangsaan. - Media sosial
PENGANJUR Miss Crystal Angel International membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kesalahan menggunakan nama 'Republic of Malaysia'.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas tularnya sebuah video yang menunjukkan salah seorang daripada dua peserta Malaysia memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili 'Republic of Malaysia'.
"Kami, dari penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan telah menggunakan nama 'Republik Malaysia'.
"Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi ia adalah daripada pihak kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana salah faham," kata kenyataan itu yang telah dikeluarkan pada Selasa.
Meskipun telah memohon maaf, rakyat Malaysia keseluruhannya masih berasa kesal dengan tindakan tersebut. Ramai pengguna media sosial telah meninggalkan komen yang 'panas' di laman Facebook penganjur tersebut:
Video yang tular itu dirakamkan semasa segmen pembukaan acara tersebut yang menyaksikan para peserta menggayakan kostum kebangsaan. Peserta Malaysia yang kontroversi itu dilihat menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya.
Objektif utama pertandingan yang diadakan di Yangon, Myanmar pada Isnin itu, bertujuan memberi tumpuan kepada kekuatan wanita muda dalam memperkasakan hak dan semangat mereka dalam budaya, warisan, seni, pelancongan dan media sosial.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#media sosial
#Miss Crystal Angel International
#Myanmar
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan