Sebuah restoran popular yang menyajikan hidangan makanan asli dari utara tanah air diberi notis penutupan selama dua minggu oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) bermula Selasa.
Berdasarkan notis yang ditampal di premis terbabit di Lot 46 dan 48 kawasan Komersil Nadi, Presint 15, di sini, arahan penutupan itu berkuat kuasa jam 4.30 petang Selasa sehingga 31 Julai ini.
Menurut notis tersebut, arahan penutupan dikeluarkan bagi tempoh berkenaan berikutan premis tidak bersih dan disucikan, sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.
Notis terbabit ditandatangani oleh Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya, Azman Ahmad.
Sementara itu, PPj dalam satu kenyataan media, turut mengesahkan berhubung arahan penutupan premis makanan utara terbabit oleh pihaknya yang tular di media sosial.
Terdahulu, PPj melancarkan operasi bersepadu pemeriksaan premis makanan di sekitar Putrajaya yang diketuai oleh Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail bermula jam 2 petang hingga jam 5 petang Selasa.
Hasim berkata, sebanyak enam premis makanan diperiksa di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2012 dan Akta Makanan 1983.
“Dalam operasi itu, satu premis makanan diberikan penggredan A dan empat premis lagi mendapat Gred B.
“Sebuah premis lagi diarahkan tutup di bawah Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak menjaga kebersihan serta mematuhi arahan-arahan ditetapkan PPj,” katanya yang turut mengeluarkan enam kompaun serta lapan notis amaran dalam operasi tersebut.
Menurutnya, operasi yang melibatkan seramai 30 anggota itu dijalankan bagi memastikan premis-premis makanan di Putrajaya sentiasa berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Katanya, ia juga untuk memastikan tiada berlaku pelanggaran syarat-syarat lain seperti tambahan struktur atau ubah suai pada premis, halangan-halangan di kaki lima, pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam sistem perlimbahan dan perparitan termasuk tindakan ke atas pengusaha premis makanan yang tidak memiliki atau memperbaharui lesen premis perniagaan atau melanggar syarat yang diberikan sebelum ini.
Operasi petang tadi melibatkan pelbagai bahagian dari PPj iaitu Bahagian Kesihatan Persekitaran, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan & Pelesenan, Bahagian Alam Sekitar, Tasik & Wetland, Bahagian Senibina & Inspektorat Bangunan dan Jabatan Undang-undang.
Dalam pada itu, Hasim berkata, berdasarkan statistik sehingga Jun lalu, sebanyak 350 premis makanan dilesenkan di Putrajaya.
“Daripada jumlah tersebut, 88 premis diberi penggredan A, 94 premis diberi penggredan B dan sebanyak 178 premis sedang dalam proses penggredan.
“Bagi tahun 2018 sahaja PPj mengeluarkan sebanyak 58 kompaun, 23 notis amaran dan arahan penutupan ke atas lapan buah premis,” katanya.
Sinar Harian
Tue Jul 17 2018
Sebuah restoran popular yang menyajikan hidangan makanan asli dari utara tanah air diberi notis penutupan selama dua minggu oleh PPj bermula Selasa. Foto Sinar Harian
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
KPKT setuju lulus RM20 juta kepada Jabatan Wilayah Persekutuan
Jabatan Wilayah Persekutuan terima peruntukan RM20 juta bagi menaik taraf tandas awam milik DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
Juadah di bazar Ramadan dicemari ulat: PPj keluar notis amaran keras
PPj mengeluarkan notis amaran kepada sebuah gerai makanan di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 di sini susulan isu kebersihan makanan seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.
PPj terima pengiktirafan kedua dari MBOR
PPj sekali lagi merangkul pengiktirafan MBOR selepas berjaya melaksanakan Pemetaan Pencahayaan Terbesar pada Tangga Terbuka yang dipancarkan pada Tangga Putrajaya selama empat hari, mulai 26 Jan.
PPj terima pengikitrafan MBOR melalui Tangga Putrajaya
Perbadanan Putrajaya (PPj) menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Tangga Putrajaya di Taman Putra Perdana Presint 1.
Hotel Grand Seasons bertukar wajah jadi markas bantu penduduk ibu kota
Hotel Grand Seasons yang ditutup sejak dua tahun lalu kini berubah wajah menjadi pusat sehenti pelbagai guna yang menjadi 'markas utama' bagi membantu penduduk di ibu negara
Peserta payung terjun maut terjatuh di bangunan kementerian di Putrajaya
Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.
Laluan motosikal Putrajaya bakal jadi laluan basikal
Tan Sri Annuar Musa berkata bagi tujuan berkenaan PPj akan mengambil langkah-langkah membatalkan laluan yang sebelum ini digazetkan bagi laluan motosikal untuk ditukar kepada lorong berbasikal.
COVID-19: Operasi sanitasi dijalankan di SK Putrajaya Presint 8 (1)
Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya melaksanakan kerja-kerja sanitasi di Sekolah Kebangsaan Presint 8(1), Putrajaya pada petang Jumaat.
KWP perinci konsep baharu bazar Ramadan kepada Jawatankuasa Khas PKP
Kementerian Wilayah Persekutuan bersama-sama DBKL dan Perbadanan Putrajaya akan membentangkan perincian itu kepada Jawatankuasa Khas Menteri berhubung PKP, Khamis ini.
Lampu 2019 meriahkan Putrajaya, tonjol kepelbagaian Malaysia
Lampu Light and Motion Putrajaya 2019 akan bermula Sabtu sehingga ambang tahun baru pada 31 Disember depan.