awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hala tuju UMNO, persediaan PRU16 dijangka fokus utama ucapan dasar Presiden - Razlan
Pihak berkuasa Afrika Selatan tutup Taman Negara Kruger akibat banjir besar
Machado dakwa “boleh harap pada Presiden Trump” selepas pertemuan di White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Revolusi teknologi dalam pendidikan: Pelajar mahu guru ajar melalui TikTok

Isabelle Leong
Isabelle Leong
30/06/2020
12:04 MYT
Revolusi teknologi dalam pendidikan: Pelajar mahu guru ajar melalui TikTok
Finalis 50 Guru Terbaik Global Teacher 2020 Norhailmi Abdul Mutalib berkata pelajar mahu guru mereka mengajar menerusi aplikasi TikTok dan ia merupakan cara pembelajaran masa depan. - Freepik
Pandemik COVID-19 yang melanda negara sememangnya memberikan impak yang signifikan khususnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan, rata-rata guru di seluruh negara memerah otak untuk untuk memerah kaedah kreatif untuk mengajar pelajar mereka.
Finalis 50 Guru Terbaik Global Teacher 2020 Norhailmi Abdul Mutalib berkata guru berdepan dengan cabaran dari segi mendapatkan respon daripada pelajar tatkala mengadakan pembelajaran atas talian.
“Pelajar inginkan kandungan yang interaktif yang mana mereka boleh turut terlibat dan tidak mahu pengajaran sehala sahaja.
“Mereka mahu menyumbang kepada sesi pembelajaran. Apabila saya mendengar perspektif pelajar itu, saya rasa selama ini, guru membuat bahan pembelajaran yang “syok sendiri”.
“Kebanyakan kami (guru) daripada generasi X dan generasi Y dan pemikiran kami sudah tidak sama,” kata Norhailmi.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Webinar Astro AWANI yang berjudul “COVID-19: Mempercepatkan Revolusi Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran” pada Selasa.
Katanya lagi, jika boleh, pelajar mahu guru mereka mengajar menerusi aplikasi TikTok.
“Kalau boleh, mereka hendak guru mengajar menerusi TikTok. Itu cara pembelajaran masa depan.
“Apabila berlakunya pandemik COVID-19 ini, kami sebenarnya perlu memberi perhatian kepada teknologi, sama ada pembelajaran itu benar-benar berlaku atau hanya sebagai satu alat atau “hiasan” semata-mata,” tambahnya.
Webinar berkenaan dikendalikan Editor Kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang turut menampilkan penyanyi dan komposer terkenal tanah air Faizal Tahir, Pengarah Pemimpin Global School Leaders Malaysia Cheryl Ann Fernando, guru Siti Faridah Matt dan Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum, UKM Ts. Dr Muhammad Helmi Norman.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Finalis 50 Guru Terbaik Global Teacher 2020
#Norhailmi Abdul Mutalib
#pdp
#pengajaran dan pembelajaran
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan