awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Riadah kolam renang, pawagam, mesyuarat dibenarkan - Ismail Sabri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
22/06/2020
06:58 MYT
Riadah kolam renang, pawagam, mesyuarat dibenarkan - Ismail Sabri
Aktiviti riadah kolam renang dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium serta kolam renang persendirian. - Gambar hiasan
Semua aktiviti melibatkan riadah kolam renang, pawagam serta mesyuarat akan dibenarkan bermula 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kebenaran itu tertakluk kepada pematuhan prasyarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jelas beliau, aktiviti riadah kolam renang dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar serta kolam renang persendirian.
"Prasyarat untuk setiap lokasi kolam renang mestilah menyediakan life guard dan pemantau atau penyelia bagi memastikan keselamatan serta bilangan pengguna selain masa penggunaan terkawal.
"Bagi aktiviti pawagam, teater dan live event, ia hanya dibenarkan beroperasi di dewan tertutup sahaja yang tidak melebihi 250 individu," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju memberi kebenaran untuk penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus dan latihan.
Tegas beliau, penganjuran itu bagaimanapun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk jumlah peserta tidak melebihi 250 orang.
"Pada dasarnya, kebenaran ini meliputi semua organisasi yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat-mesyuarat lain.
"Kebenaran ini juga meliputi semua mesyuarat, termasuk mesyuarat agung bagi syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Selain itu, koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Persatuan-Persatuan yang berdaftar di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat termasuk mesyuarat agung," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Belia
#guru
#hotel
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#SKM
#SOP
#sukan
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan