Hujan lebat disusuli angin kencang yang melanda Seberang Perai, Pulau Pinang malam tadi meranapkan sebahagian besar khemah-khemah peniaga yang berniaga di Uptown Bandar Perda, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, ribut yang melanda telah mencetuskan suasana panik di kalangan orang ramai serta peniaga apabila angin kuat menerbangkan khemah-khemah yang dipasang manakala kebanyakan barang niaga rosak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air termasuk Balai Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam.
Sementara itu, dalam kejadian lain, ribut turut menyebabkan sebahagian besar cermin di dewan menunggu Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bukit Mertajam pecah.
Sehingga jam 2 pagi tadi, pekerja KTMB masih giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, menurut Ros Azhan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di setesen KTMB itu kerana tiada penumpang pada waktu kejadian berikutan operasi keretapi sudah tamat.
Selain itu Ros Azhan, turut memaklumkan, kejadian ribut malam tadi turut menyebabkan beberapa buah kereta rosak akibat ditimpa pokok tumbang di Permatang Pauh.
Difahamkan, katanya, terdapat beberapa lagi kejadian pokok tumbang di sekitar Pangsapuri Idaman di Jalan Permatang Pauh hingga merosakkan beberapa kereta, namun polis belum menerima maklumat penuh mengenainya.
Astro Awani
Mon May 28 2018
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, ribut yang melanda mencetuskan suasana panik di kalangan orang ramai serta peniaga apabila angin kuat menerbangkan khemah-khemah.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Tiga pelajar sekolah menengah di Cheras ditahan lakukan samun bersenjata pisau
Polis tahan dua pelajar tingkatan dua dan seorang pelajar tingkatan tiga kerana dipercayai melakukan samun berkumpulan bersenjatakan pisau ke atas seorang warga asing.
Lelaki OKU hilang sejak dua hari lepas ditemukan mati dalam longkang
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu melalui laporan yang dibuat orang awam pada pukul 5 petang tadi.
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok ditangguh
Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan dalam kes membabitkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.
Dadah disyaki punca sarjan pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang
Terdesak mendapatkan bekalan dadah dan faktor kewangan disyaki merupakan punca seorang sarjan sanggup memecah masuk stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.
Korban letupan di balai polis di Pakistan meningkat kepada 16 orang
Angka kematian dalam kejadian letupan pada Isnin lalu, di sebuah balai polis di bandar Kabal di Pakistan meningkat kepada 16 orang, manakala jumlah mereka yang cedera mencecah lebih 55 orang.
10 maut, 55 cedera dalam insiden letupan berkembar di Pakistan
Dua letupan kuat melanda sebuah balai polis di daerah Swat, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala lebih 55 lagi cedera.
Sarjan polis ditemui maut dengan kesan tembakan di leher, dada, kepala
Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala dalam kejadian di belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Ahad.
Banjir: Beberapa balai polis di Kelantan, Terengganu turut dinaiki air
Beberapa balai polis di Terengganu dan Kelantan turut terjejas setelah dinaiki air ekoran banjir yang melanda Pantai Timur, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
Lima balai polis di sempadan alami kerosakan akibat banjir - Polis Kelantan
Balai polis terbabit adalah Balai Polis Rantau Panjang, Bakong dan Jeram Perdah di Pasir Mas serta Simpangan dan Kuala Jambu di Tumpat.