Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan, dengan data ekonomi AS yang lebih rendah daripada jangkaan dan harga minyak dunia yang tinggi.
Pada 9.17 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1640/1700 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1710 semasa ditutup semalam.
Peniaga berkata peserta pasaran bimbang mengenai kedudukan ekonomi AS berikutan ia mungkin terjejas oleh perang perdagangan dengan China, seperti dapat dilihat daripada aktiviti perkilangan yang merosot.
"Institut Pengurusan Bekalan AS berkata indeks aktiviti perkilangan negara susut 0.2 mata kepada 48.1 pada November.
"Peserta pasaran turut menjangka Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar faedah untuk tempoh dua tahun akan datang, menyebabkan dolar AS lemah," katanya.
Sementara itu, harga minyak dunia meningkat selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum bersetuju untuk meningkatkan sekatan pengeluaran dengan tambahan 500,000 tong sehari pada awal 2020, dengan niaga hadapan minyak mentah Brent naik satu cent kepada US$63.40 setong dan niaga hadapan minyak West Texas Intermediate meningkat dua cent kepada US$58.45 setong.
Kenaikan harga minyak dilihat positif bagi Malaysia berikutan ia akan memberi rangsangan kepada hasil minyak dan gas negara.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding dolar Singapura, yang meningkat kepada 3.0600/0662 daripada 3.0611/0638.
Ia merosot berbanding yen kepada 3.8283/8348 daripada 3.8253/8291, susut berbanding pound British kepada 5.4782/4865 daripada 5.4730/4786 dan rendah berbanding euro kepada 4.6237/6308 daripada 4.6227/6269 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 06 2019
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding dolar Singapura, yang meningkat. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.