Ringgit memperoleh semula asas pergerakan meningkat untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, memandangkan kekurangan petunjuk baharu menjadikan pelabur menghindari mata wang selamat, kata peniaga.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan berada pada 4.3450/3530 berbanding dolar AS daripada 4.3505/3555 semasa penutupan semalam.

Peniaga berkata pelabur memantau rapat perkembangan situasi itu selepas Amerika Syarikat menarik balik perintah penutupan ekonominya, dengan menumpukan kepada keupayaan perniagaan kecil dan sederhana untuk menerusikan aktiviti mereka dan boleh mencatatkan pendapatan demi kelangsungan.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0715/0774 daripada 3.0724/0761 ketika ditutup semalan serta tinggi berbanding yen Jepun ke 4.0329/0414 daripada 4.0395/0452.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.7656/7757 daripada 4.7634/7701 namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3044/3154 daripada 5.3359/3438.

- BERNAMA