awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monsun Timur Laut: NRES fokus tingkat sistem amaran awal bencana
Krisya perkemas teknik nyanyian, sedia tampil karya baharu
Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit naik berbanding dolar AS dalam sesi awal

Bernama
Bernama
29/05/2020
02:50 MYT
Ringgit naik berbanding dolar AS dalam sesi awal
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama. Gambar fail
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan pemulihan semalaman harga minyak tetapi pelabur berhati-hati dengan kemungkinan peningkatan risiko perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata penganalisis.
Pada 9.08 pagi, unit tempatan berada pada 4.3470/3550 berbanding dolar AS daripada 4.3540/3600 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pemulihan harga minyak semalaman positif untuk ringgit, tetapi peningkatan terjejas oleh kemungkinan peningkatan risiko perang perdagangan.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0669/0727 daripada 3.0664/0719 semasa ditutup pada Khamis dan susut berbanding yen Jepun kepada 4.0441/0519 daripada 4.0412/0479 semalam.
Ia merosot berbanding euro kepada 4.8152/8245 daripada 4.7933/7012 dan turun berbanding pound kepada 5.3564/3667 daripada 5.3363/3454.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#berbanding
#dibuka rendah
#harga minyak
#kadar
#mata wang
#minyak
#perang perdagangan
#ringgit
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan