Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ringgit teruskan aliran rendah di tengah-tengah kelemahan ekonomi global

Ringgit teruskan aliran rendah di tengah-tengah kelemahan ekonomi global
Ringgit naik berbanding dolar Singapura ketika ditutup semalam dan tinggi berbanding pound.
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurun hari ini di tengah-tengah ekonomi global yang lemah berikutan kebimbangan berterusan terhadap penularan COVID-19.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1680/1710 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1600/1620 ketika ditutup semalam.

IHS Markit menerusi nota penyelidikannya berkata berbanding ketika pandemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk yang sama membimbangkan, peranan China dalam ekonomi global kali ini telah meningkat dengan ketara.

"China kini merupakan ekonomi kedua terbesar dunia selepas AS. Ia merupakan pengimport barangan pembuatan kedua terbesar dengan nilai US$1.674 trilion pada 2019, yang menyumbang 9.1 peratus kepada import global selain pengeksport terbesar bernilai US$2.524 trilion pada 2019, iaitu 13.7 peratus daripada eksport global.
"China adalah negara utama bagi pengeluaran perindustrian dan mempunyai kepentingan utama dalam rantaian nilai global. Peranan China di peringkat global dan di rantau Asia Selatan, khususnya pada masa ini, adalah lebih besar berbanding pada 2003 dan ekonomi rantau ini lebih saling berkait," katanya.

Syarikat di seluruh dunia, terutama daripada sektor pembuatan dan automotif telah terjejas teruk akibat kekurangan bekalan alat ganti dan komponen terutamanya dari China.
Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9876/9908 daripada 2.9885/9910 ketika ditutup semalam dan tinggi berbanding pound kepada 5.3880/3923 daripada 5.4101/4143.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.7485/7522 daripada 3.7729/7761 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.5056/5105 daripada 4.4932/4970.

-- BERNAMA