Membawa penyembur emedih mata dianggap sebagai langkah terbaik untuk menjaga keselamatan dalam kalangan siswi sekitar Shah Alam ekoran dua kejadian membabitkan kes jenayah seksual yang berlaku baru-baru ini.
Tinjauan Awani Rangers mendapati jualan alat pemedih mata meningkat sehinggakan ada beberapa farmasi difahamkan kini kehabisan stok.
“Stok 'pepper spray' cepat habis sebab macam kita tahu sekarang, kes jenayah seksual semakin menjadi-jadi dan kita pun ada minta lebih banyak stok dihantar ke cawangan ini sebab permintaan tinggi," kata seorang pekerja premis farmasi d yang enggan dikenali.
Fatimah Shahrudin, 19 tahun, penuntut di universiti swasta di sini memberitahu, dia akan membawa penyembur pemedih mata itu ke mana sahaja.
“Saya memang akan bawa 'pepper spray', tidak kira waktu siang atau malam,” katanya.
Selain itu, Nuratikah Zakaria, 21 tahun, penuntut jurusan kejuruteraan elektrik berkata kes jenayah seksual yang berlaku berhampiran tempat tinggalnya telah membataskan pergerakan untuk ke mana-mana secara bersendirian.
“Dulu rasa selamat kalau nak keluar seorang diri tapi sekarang dah mula rasa takut,” jelasnya.
Sementara, Syamira Syamimi Shuhaili, 22 tahun, berpendapat mengikuti kelas mempertahankan diri sebagai langkah pertahanan diri adalah penting berbanding membawa penyembur pemedih mata
“Saya rasa semua wanita perlu mengikuti kelas seni bela diri sebagai langkah berjaga-jaga untuk melawan si perogol,” katanya ketika ditemui Awani Rangers.
_______________________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UiTM Iklil Fatihah Kamal Redzuan, Nurul Amira Remli, Laily Muliaty Alizam dan Nur Amirah Syafiqah Malek.
**Awani Rangers UiTM adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Awani Rangers UiTM
Tue Nov 21 2017
Tinjauan Awani Rangers mendapati jualan alat pemedih mata meningkat sehinggakan ada beberapa farmasi difahamkan kini kehabisan stok. - Gambar Astro AWANI
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan