awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Risiko jangkitan denggi lebih tinggi semasa cuti

Bernama
Bernama
28/06/2017
00:36 MYT
Risiko jangkitan denggi lebih tinggi semasa cuti
Orang ramai juga diingatkan agar tidak pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi, serta melindungi diri dari digigit nyamuk terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu antara pukul 5 hingga 7 pagi dan pada 7 petang. - Gambar fail
Faktor pergerakan orang ramai secara meluas semasa cuti persekolahan dan musim perayaan menyebabkan risiko jangkitan demam denggi lebih tinggi dan ia lebih cepat merebak, jika terdapat nyamuk Aedes di persekitaran mereka.
Ketua Penolong Pengarah (Vektor) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Amirul Hisham Zainol berkata sehubungan itu orang ramai perlu sentiasa memastikan kebersihan kawasan kediaman masing-masing.
"Masyarakat dinasihat untuk melakukan aktiviti pencegahan seperti memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes ditinggalkan semasa pulang bercuti ke kampung.
"Gunakan juga bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam takungan air kekal terutama apabila tidak menggunakannya lebih dari tempoh seminggu selain memakai bahan penghalau nyamuk (repelen) di bahagian badan yang terdedah kepada gigitan nyamuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi, serta melindungi diri dari digigit nyamuk terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu antara pukul 5 hingga 7 pagi dan pada waktu sama di sebelah petang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#aedes
#denggi
#Dr Amirul Hisham Zainol
#kesihatan
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan