Sebanyak RM1.87 juta dikutip daripada orang ramai menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik sejak kerajaan Selangor melaksanakan kempen 'Bebas Plastik' bermula 1 Jan lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri Elizabeth Wong berkata kutipan itu hanya membabitkan peniaga pasar raya dan premis makanan yang memaklumkan menerusi laporan data kutipan caj 20 sen dari Januari sehingga Mei lepas kepada kerajaan negeri menerusi persatuan peniaga masing-masing.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 63.98 peratus kutipan membabitkan peniaga pasar raya manakala selebihnya membabitkan peniaga premis makanan," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu) yang bertanya mengenai statistik kutipan 20 sen beg plastik yang diperoleh peniaga menerusi pelaksanaan kempen 'Bebas Plastik' di Selangor.
Menjawab soalan Lee mengenai kos pelaksanaan kempen berkenaan, Wong (PKR-Bukit Lanjan) berkata sehingga 30 Jun lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan RM213,678.30 termasuk bagi pembelian poster, pembelian bunting dan pembelian beg 'non woven'.
Sebelum ini, Wong berkata caj 20 sen yang dikenakan bagi setiap beg plastik adalah selaras dengan kempen 'Bebas Plastik' di Selangor, menyebabkan pelbagai pihak mengkritik tindakan itu kerana menganggapnya sebagai membebankan orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
Kempen Bebas Beg Plastik dilaksanakan di selangor sejak 1 Januari lalu. - Gambar fail
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Guterres gesa tindakan tangani krisis sisa pepejal secara global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa seluruh dunia pada Sabtu supaya bertindak menangani krisis sisa pepejal, lapor Xinhua.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.
'Sponge cities' mungkin penyelesaian banjir di Malaysia?
Konsep 'sponge cities' adalah untuk mengekalkan, membersihkan dan menggunakan semula air hujan secara efektif.