Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah memperuntukkan dana sebanyak RM56 bilion sehingga Februari lepas bagi membantu lebih tiga juta pelajar di negara ini untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pinjaman pendidikan tersebut turut meliputi 377,377 pelajar di Johor dengan pembiayaan berjumlah RM6.4 bilion.
"Kerajaan sentiasa peka terhadap pendidikan rakyat dan akan terus menjadikan PTPTN sebagai pemberi biaya terunggul serta dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Program Jelajah Solo Gen Y: Nilai-Nilai Murni Rakyat Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Damansara Aliff, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Perlis (YKPs) Affendi Rajini Khan dan Pengetua SMK Taman Damansara Aliff Adib Adham Daud.
Menurut Wan Saiful, pendidikan merupakan aset utama dalam pelaksanaan pembangunan negara dan dengan PTPTN, semakin ramai rakyat negara ini dapat menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi.
Katanya melalui pinjaman PTPTN, seramai 200,000 pelajar setiap tahun berpeluang melanjutkan pelajaran mereka.
Mengenai program Jelajah Solo Gen Y: Nilai-Nilai Murni Rakyat Malaysia anjuran YKPs dengan kerjasama PTPTN mulai 4 April hingga 30 April itu, beliau berkata ia bertujuan meningkatkan tahap kesedaran GenY terhadap era globalisasi dan memupuk semangat kenegaraan menerusi penerapan nilai-nilai murni cintakan negara.
"Beberapa elemen diberikan penekanan antaranya semangat cintakan negara, nilai-nilai murni dan buli kerana elemen ini kian pudar di kalangan generasi muda dek kerana teknologi yang berkembang pesat.
"Generasi Y merupakan generasi harapan negara yang amat bernilai bagi memastikan Malaysia terus cemerlang di mata dunia dan saya yakin program seumpama ini mampu meningkatkan jilai murni sekaligus mengurangkan gejala sosial di negara ini," katanya lagi.
Bernama
Sun Apr 07 2019
Wan Saiful berkata pinjaman pendidikan tersebut turut meliputi 377,377 pelajar di Johor dengan pembiayaan berjumlah RM6.4 bilion. -Gambar fail
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNRWA tutup ibu pejabat di Baitulmaqdis Timur
UNRWA memutuskan untuk menutup ibu pejabatnya di Baitulmaqdis Timur selepas penduduk Israel berulang kali membakar kawasan berhampiran premis itu.
Kuala Kubu Baharu selepas peristiwa empangan pecah
Terbentuknya Kuala Kubu Baharu melalui beberapa fasa termasuk peristiwa empangan pecah meragut 33 nyawa pada 24 Oktober 1883.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
RM56 bilion kepada lebih 3 juta pelajar hingga Feb - PTPTN
Pinjaman pendidikan tersebut turut meliputi 377,377 pelajar di Johor dengan pembiayaan berjumlah RM6.4 bilion.