Seorang budak lelaki berumur 10 tahun sedang dicari polis berhubung kes rogol berkumpulan.
Budak lelaki itu merupakan antara 86 individu yang sedang diburu polis Labuan kerana terbabit dalam pelbagai kes jenayah di pulau bebas cukai ini.
Budak lelaki itu disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan kira-kira dua tahun lalu dan telah menghilangkan diri sejak itu.
Individu paling tua dalam kalangan 86 suspek dalam 'senarai dikehendaki' polis Labuan ialah lelaki berumur 69 tahun yang terlibat dalam kes tipu.
Individu yang tersenarai dalam 'senarai dikehendaki'itu, melakukan jenayah antara 2011 dan tahun lepas.
Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata 86 individu itu diburu kerana melakukan jenayah seperti bunuh, rogol, ugut, menyebabkan kecederaan teruk, curi, pecah rumah dan gagal hadir di mahkamah.
Katanya polis telah mengeluarkan rayuan terkini bagi mendapatkan maklumat untuk mengesan individu dikehendaki berkenaan - kesemua mereka adalah lelaki - kerana sesetengah daripada mereka masih belum dapat dikesan selepas enam tahun.
"Kebanyakan daripada suspek adalah daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lainnya sama ada warga Indonesia atau Filipina" katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek berkenaan agar tampil membantu polis, namun Adzhar menasihati mereka agar tidak bersemuka secara peribadi dengan individu dalam "senarai dikehendaki' itu.
"Kami mahu bercakap dengan mereka yang mempunyai maklumat tentang orang yang dikehendaki polis yang telah kami keluarkan senarai nama mereka sebelum ini.
"Hanya salurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran untuk membolehkan kami menjalankan siasatan," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 18 2017
Menurut Adzhar (gambar), individu yang tersenarai dalam 'senarai dikehendaki'itu, melakukan jenayah antara 2011 dan tahun lepas.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Rogol berkumpulan: Budak lelaki 10 tahun antara yang dikehendaki di Labuan
Seorang budak lelaki berumur 10 tahun sedang dicari polis berhubung kes rogol berkumpulan.
Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan
Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di rumahnya awal hari ini dan sepucuk pistol turut ditemui di sisi mayatnya.