awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol, dera remaja bawah umur, suami isteri diburu polis

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/10/2017
09:57 MYT
Rogol, dera remaja bawah umur, suami isteri diburu polis
Remaja bukan sahaja didera tetapi turut dirogol suspek. - Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan sahaja menderita didera menggunakan besi paip, kayu dan penyangkut baju oleh pasangan suami isteri tetapi turut dirogol lelaki tidak berperikemanusiaan itu di Kajang sejak Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata, penderitaan remaja perempuan itu bermula apabila mangsa yang tidak bersekolah bersama teman lelakinya mula bekerja di kedai besi buruk milik lelaki tersebut.
Menurutnya, mangsa dan teman lelakinya sering dipukul menggunakan kayu, paip besi, penyangkut baju dan tangan oleh suspek dan isterinya jika kerja mereka tidak memuaskan hati.
"Malah mangsa juga telah dirogol beberapa kali oleh suspek selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan isterinya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambah Ahmad Dzaffir, mangsa dan teman lelakinya berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum remaja perempuan itu menghubungi bapanya.
Katanya, remaja perempuan malang itu kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut pada badan mangsa.
"Laporan perubatan juga menunjukkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa," katanya.
Kata beliau, polis kini sedang berusaha mengesan pasangan suami isteri itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Dzaffir Mohd Yusof
#dera
#Kajang
#remaja
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan