Penggunaan vape atau rokok elektronik sama sahaja bahayanya dengan rokok malah lebih memudaratkan kerana kepekatan nikotin dalam cecair vape lebih tinggi berbanding rokok biasa.
Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun begitu ramai yang kini beralih kepada vape hanya kerana tarikannya yang mempunyai pelbagai perisa.
Dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata kepelbagaian perisa yang ditawarkan itu merupakan cara pemasaran yang berjaya menarik ramai menggunakan vape.
“Percayalah, vape lebih bahaya malah lebih memudaratkan daripada menghisap rokok. Anda akan mendapat nikotin dalam bentuk pati dengan bau harum dan menarik serta rasa yang sedap.
"Itu cara pemasaran mereka," kata Dr Mahathir yang ditemui di Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah Dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO).
Persidangan tersebut berlangsung di Putrajaya selama tiga hari mulai Isnin.
Dalam ucaptamanya, Dr Mahathir yang juga penaung IFNGO turut menyeru agar pendidikan mengenai bahaya dadah perlu bermula dari kecil untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai perkara tersebut.
Tambah beliau, pendekatan lebih berkesan perlu diguna pakai untuk menyampaikan maklumat kepada generasi muda bahawa dadah boleh digunakan sebagai ubat tetapi harus mengelak daripada menggunakannya lebih daripada fungsi tersebut.
"Ibu bapa harus memberitahu (generasi muda) bahawa dadah akan memendekkan hayat mereka selain memupuk ajaran positif untuk membenci dadah. Jika mereka dibesarkan dengan mematuhi nilai tersebut, mereka sendiri akan melawan godaan untuk menyalahgunakan dadah.
Persidangan IFNGO itu turut disertai 500 peserta dari 23 negara termasuk Perancis, Amerika Syarikat, Switzerland dan Hong Kong.
Azyyati Ahmad
Mon Nov 16 2015
MAHATHIR: Vape juga sama berbahaya kerana kandungan nikotin yang tinggi dalam produk itu. - Foto Bernama
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.