awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok elektronik termasuk vape di bawah Akta Kawalan Tembakau, berita baik buat pengusaha?

Fareez Azman
Fareez Azman
09/04/2019
11:37 MYT
Rokok elektronik termasuk vape di bawah Akta Kawalan Tembakau, berita baik buat pengusaha?
Sebelum ini penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk dibawah Akta Racun 1952. - Gambar hiasan
Pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Isnin bahawa rokok elektronik akan dikawal selia di bawah Akta Kawalan Tembakau mendapat reaksi positif daripada pengusaha rokok elektronik.
Meskipun ia masih dalam kajian, harapan disandarkan agar beberapa langkah yang akan diambil kementerian itu termasuk cukai yang dikenakan berpatutan dalam membantu lima juta perokok tegar di Malaysia berubah.
Astro AWANI menemui salah seorang pengusaha rokok elektronik, Shahabudeen Jalil, yang juga Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd berkenaan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu.
"Pertama sekali kita sambut baik saranan menteri mengawal selia pembuatan dan penjualan rokok elektronik.
"Kedua, cukai dikenakan itu diharapkan berpatutan kerana rokok elektronik ini dikategorikan juga sebagai satu alat perubatan di sesetengah negara, (iaitu) membuat seseorang yang ketagihan rokok kronik untuk berhenti merokok," jelasnya.
Jelas Menteri Kesihatan, rang undang-undang itu masih lagi disiapkan sebelum ia dibentang ke Parlimen penghujung tahun ini.
Bagi Shahbudeen, cukai yang dikenakan oleh kementerian perlu diperhalusi agar pengusaha haram tidak wujud untuk mengambil kesempatan jika harga peranti rokok elektronik terlalu mahal di pasaran.
"Kalau cukai terlalu tinggi, kita akan membawa masuk pengusaha haram dalam pasaran. Kalau cukai berpatutan, semua pengusaha rokok elektronik akan akur dan patuh dengan saranan tersebut dengan masa sama kerajaan akan dapat income lebih baik," ujarnya.
Pada Isnin, Dr Dzulkefly antara lain menjelaskan bahawa pihaknya sedang merangka Akta Kawalan Tembakau yang merangkumi kawalan penggunaan produk tembakau termasuk rokok elektronik dan vape.
Ia meliputi bidang penguatkuasaan, penjualan, undang undang dan hukuman.
Ujar beliau, kementeriannya komited dalam melaksanakan akta terbabit kerana ia didapati menjadikan persekitaran lebih sihat.
Sebelum ini penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tertakluk dibawah Akta Racun 1952, sementara lesen penjualan rokok elektronik dan vape dibawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), manakala bagi kandungan nikotin pula dibawah KKM.
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Tembakau
#akta racun
#cukai
#e-cigarettes
#kawal selia
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kesihatan
#KKM
#KPDNHEP
#Menteri Kesihatan
#merokok
#nikotin
#pengusaha
#perokok tegar
#perubahan
#perubatan
#Rang Undang Undang
#rokok elektronik
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan