awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic lancar Claude for Healthcare, fokus privasi data kesihatan
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok, Perodua Kancil dirampas polis marin di Lahad Datu

Qaisara Umaiyah
Qaisara Umaiyah
18/01/2020
06:19 MYT
Rokok, Perodua Kancil dirampas polis marin di Lahad Datu
Polis marin Lahad Datu menahan seorang lelaki dan kereta yang dinaikinya bersama 1,570 bungkus rokok tidak bercukai. - Foto ihsan polis
Seorang lelaki ditahan bersama kereta jenis Perodua Kancil yang dinaikinya apabila pihak berkuasa menemui 1,570 bungkus rokok tidak bercukai bersamanya di Jalan Agaseh di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suspek berusia 29 tahun ditahan dalam keadaan mencurigakan, kata Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali.
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu suspek mendapati 1,570 bungkus rokok tidak bercukai jenama LA, Premium dan Astro.
"Kesemua rokok dan kenderaan yang dipandu suspek dirampas. Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM104,100 selepas cukai," katanya dalam satu kenyataan.
Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, kata Mohamad Pajeri.
Topic Berkaitan
#cukai
#kastam
#kereta
#Lahad Datu
#mohamad pajeri ali
#operasi
#polis
#polis marin
#PPM Lahad Datu
#rampas
#rokok
#suspek
#tidak bercukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan