awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompak barang kemas RM1 juta: Polis ambil keterangan pemandu pacuan empat roda

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/08/2019
11:21 MYT
Rompak barang kemas RM1 juta: Polis ambil keterangan pemandu pacuan empat roda
Pada Isnin, ua pacuan empat roda yang membawa empat beg berisi barang kemas dilanggar dengan sebuah lori curi, sebelum melarikan barang kemas itu dengan sebuah kenderaan lain. - Gambar fail
Polis telah mengambil keterangan dua pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menjadi mangsa rompakan barang kemas bernilai RM1 juta di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau di sini pada Isnin, bagi membantu siasatan.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, pihaknya juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.
"Dua pekerja tersebut telahpun diambil keterangan dan siasatan lanjut mengenai kes rompakan itu sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, dua pacuan empat roda yang membawa empat beg berisi barang kemas dilanggar dengan sebuah lori curi, sebelum melarikan barang kemas itu dengan sebuah kenderaan lain.
Kejadian itu berlaku ketika dua lelaki berkenaan, berusia lingkungan 30-an, dalam perjalanan ke Kelantan dengan membawa barang kemas milik majikan.
Keempat-empat suspek termasuk dua lelaki lain yang bertopeng dan berparang itu kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kenderaan lain.
Topic Berkaitan
#pacuan empat roda
#PDRM
#polis
#rompak barang kemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan