Harga runcit produk petroleum bagi minggu terakhir Oktober ini mencatatkan kenaikan berkuat kuasa tengah malam ini.

RON95 kini ditetapkan pada harga RM2.20 seliter iaitu naik tiga sen dari RM2.17 seliter manakala RON97 berharga RM2.50 seliter juga naik tiga sen dari RM2.47 seliter.

Sementara itu, harga runcit diesel yang sebelum ini berada pada harga RM2.11 naik dua sen kepada RM2.13.