Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

RON95, RON97 naik 3 sen, diesel naik 4 sen

RON95, RON97 naik 3 sen, diesel naik 4 sen
Harga petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 3 sen bagi tempoh 20 hingga 26 Jun 2020.
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 3 sen bermula 20 Jun hingga 26 Jun 2020.

Ini menjadikan harga RON97 menjadi RM1.89 seliter manakala RON95 pula menjadi RM1.59 seliter.

Harga diesel pula naik 4 sen menjadi RM1.77 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kenaikan harga tersebut dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kenyataan itu menambah, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.



Tag: harga minyak, Diesel, Petrol, RON95, RON97, kerajaan, Kementerian Kewangan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.