Harga petrol RON95 naik tiga sen seliter iaitu daripada RM1.68 seliter kepada RM1.71 seliter bermula 12 tengah malam ini.

Harga runcit bagi RON97 pula kini melebihi RM2 apabila ekoran kenaikan tiga sen seliter dari RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter.

Sementara itu, harga runcit bagi minyak diesel turun sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM1.82 seliter kepada RM1.80 seliter.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga tersebut adalah bagi tempoh 22 Ogos hingga 28 Ogos ini.