awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronald Kiandee serahkan kedudukannya kepada PM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/03/2019
09:45 MYT
Ronald Kiandee serahkan kedudukannya kepada PM
RONALD: Isu letak jawatan tak berbangkit kerana Perdana Menteri katakan saya kekal Pengerusi PAC sehingga ada pengganti. - Gambar fail
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Ronald Kiandee menyerahkan status jawatannya kepada keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Beluran itu menyatakan akan akur dengan keputusan Perdana Menteri sekiranya kedudukannya diganti oleh individu lain.
"Saya juga beberapa kali memaklumkan bahawa saya akur kepada keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan kedudukan saya.
"Saya sedia diganti jika Pengerusi PAC baharu sudah dikenal pasti," katanya ketika ditemui media di Parlimen, di sini, pada Rabu.
Ronald bagaimanapun, menyatakan tiada isu untuk beliau melepaskan jawatan tersebut memandangkan Dr Mahathir memberitahu beliau kekal meskipun kini sudah menyertai parti komponen kerajaan.
"Isu letak jawatan tak berbangkit kerana Perdana Menteri katakan saya kekal Pengerusi PAC sehingga ada pengganti baharu," jelasnya.
Malah beliau juga menegaskan tidak berasa tertekan dengan tindakan tiga ahli Parlimen pembangkang yang meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati pengekalan jawatannya.
"Saya cuma akur dengan keputusan oleh ketua majlis iaitu Perdana Menteri.
"Tidak timbul juga isu tak cukup, memandangkan empat ahli jawatankuasa letak jawatan. Asas mesyuarat cuma perlukan seorang pengerusi dan tiga ahli jawatankuasa, hari ini kita ada pengerusi dan enam ahli jawatankuasa," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, PAC masih belum menerima surat peletakan jawatan daripada tiga Ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai jawatankuasa tersebut.
Katanya, bagaimanapun PAC masih boleh mengadakan mesyuarat kerana terdapat sembilan anggota lain.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#PAC
#Perdana Menteri
#Ronald Kiandee
#status jawatan ronald
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan